Hari Ini 188

Seminggu 2454

Sebulan 9405

Jumlah 17798323

Keharusan berniaga

Maksudnya : Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.

Hukum Pelaburan Terhadap Syarikat Swiss Cash Mutual Fund

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007, di Terengganu telah membincangkan Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swiss Cash Mutual Fund. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 

Sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar negara seperti Swiss Cash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar. Oleh itu, umat Islam dilarang terlibat dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternatif lain berlandaskan Islam yang boleh disertai oleh umat Islam.

Cetak Emel