Hari Ini 186

Seminggu 2452

Sebulan 9403

Jumlah 17798321

Nazar

Maksudnya : (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksaNya merebak di sana sini. Surah al-Insan 76...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.

Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 di Kedah telah membincangkan Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah memutuskan: 

  1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
  2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang terdesak.  
  3. Menyimpan wang di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus. 
  4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. 
  5. Menerima berbagai-bagai-bagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya. 
  6. Menyewakan bangunan kepada bank adalah haram.
  7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram. Dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif bagi pendeposit-pendeposit Tabung Haji kepada pendaftar wang yang tak dituntut. 

 

Cetak Emel