Hari Ini 415

Seminggu 1633

Sebulan 7551

Jumlah 17794624

Amanah

Maksudnya : Dan di antara ahli kitab, ada orang Yang kalau Engkau amanahkan Dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadaMu, dan ada pula di antara...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.

Penama: pusaka atau amanah?

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak…

Pada pertengahan November 2011 yang lalu, dalam kesibukan menguruskan kerja-kerja harian pejabat, saya telah dipanjangkan dengan satu soalan berkaitan dengan penama. Soalannya seperti berikut: 

“Saya ingin menanyakan mengenai pemilikan wang pusaka.

Moyang saya telah meninggal dunia. Dia ada mempunyai syer didalam sebuah syarikat. Dalam syer tersebut dia telah menamakan cucunya sebagai penama dan tidak mengambil anaknya sebagai penama.

Masalah sekarang adakah wajib si cucu tadi melakukan faraid pada syer tersebut atau adakah layak secara terus memiliki syer berkenaan?

Sekian, terima kasih. Jawapan dan maklum balas tuan amatlah diharapkan.”

Maklumbalas terhadap masalah 

Bagi memenuhi harapan penganju, saya telah membuat sedikit penyelidikan terhadap fatwa-fatwa yang telah diputuskan berhubung dengan PENAMA. Berikut adalah jawapan ringkas yang telah saya panjangkan pada beliau untuk dikongsi bersama. 

Islam adalah agama yang syumul merangkumi seluruh asperk kehidupan, termasuklah dalam menentukan mereka yang layak atau sebaliknya dalam menerima bahagian harta pusaka orang yang telah meninggal dunia. 

Merujuk kepada persoalan apakah wajib bagi si cucu yang dicatatkan moyangnya sebagai penama bagi syernya di dalam sebuah syarikat, mengagihkan syer tersebut secara faraid kepada anak kandung moyangnya yang tidak dicatat sebagai penama dalam syer tersebut? 

Bagi menjawab persoalan tersebut, memadailah dengan dimaklumkan tuan berhubung keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJKF) pada persidangan kali ke-15, pada 6 Mac 1978 yang telah membincangkan tentang status penama (nominee) dalam Islam. Muzakarah telah memutuskan keputusan berikut: 

“Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak…”           

Selain itu isu penama juga telah difatwakan di Wilayah Persekutuan pada 2 Januari 20011 dengan keputusan bahawa orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, insurans, tabung, lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris  yang berhak mengikut pembahagian faraid. 

Fatwa ini kemudiannya telah diwartakan pada 18 Januari 2001 serta dimuatkan dalam Seksyen 34 - Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah -Wilayah Perekutuan) 1993. 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan secara ringkas ini, secara zahirnya cucu dalam kes ini hanyalah sebagai pemegang amanah terhadap syer syarikat tersebut dan syer tersebut hendaklah diagihkan kepada ahli waris berdasarkan sistem faraid yang telah ditentukan kaedah pembahagianya di dalam al-quran. 

Sungguhpun demikian tuan disyorkan merujuk secara langsung kepada Mahkamah Syariah atau Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menentukan status penama yang dicatatkan dalam kes ini.

Cetak Emel