Hari Ini 178

Seminggu 2444

Sebulan 9395

Jumlah 17798313

Kekayaan Allah Dan Keperluan Manusia Kepadanya

Maksudnya : Dan bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. ia mengampunkan sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Dia menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah), Allah...

+ Lagi
  • Kemaskini Terkini : Selasa 06 Ogos 2019, 12:37:35.

Bank Rakyat optimis Kempen Emas

KUALA LUMPUR 26 Jun - Bank Rakyat menyasarkan pertumbuhan lebih 20 peratus bagi pengeluaran pinjaman Ar-Rahnu sepanjang tempoh Kempen Emas Dua Kilo yang bermula 27 Jun hingga 27 Oktober ini.Ketua Pembiayaan Runcit Bank Rakyat, Fatayal Anshori Abdussyukur berkata, bank turut menyasarkan pertambahan pelanggan sebanyak dua hingga lima peratus dalam tempoh empat bulan tersebut. “Menerusi Kempen Emas Satu Kilo yang diadakan tahun lalu, Ar-Rahnu Bank Rakyat berjaya merekodkan peningkatan pengeluaran pinjaman seba­nyak 20.24 peratus berbanding tahun sebelumnya.“Jadi, kami yakin dengan tawaran hadiah yang lebih menarik kali ini ia dapat membantu mencapai sasaran,” katanya di sini hari ini.Yang turut hadir, Naib Pre­siden Perniagaan Ar-Rahnu, Dr. Mokhrazinim Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Management Services Sdn. Bhd., Mohd. Shaifuddin Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Edham Reza Shah Abdul Rahman.Fatayal Anshori berkata, kempen berkonsepkan pajak dan menang itu membolehkan masyarakat melanggan kemudahan Ar-Rahnu menerusi 185 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.Beliau berkata, sebanyak 26 hadiah dengan nilai ke­seluruhan berjumlah RM400,000 atau dua kilogram emas ditawarkan pada kempen kali ini.“Pemenang utama Kempen Emas Dua Kilo akan memenangi satu kilogram emas yang akan diumumkan selepas kempen berakhir.“Hadiah lain ditawarkan termasuklah emas seberat 500 gram, 250 gram, 150 gram dan 22x10 gram emas,” katanya.

Cetak Emel