Kata-Kata Aluan Pengerusi AJK Pemantau

Kata-Kata Aluan
السلام عليكم ورحمة الله وبركـاته
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ والصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Portal e-Muamalat dibangunkan untuk memuatkan perbahasan-perbahasan fiqh muamalat dan kewangan Islam sebagai rujukan berautoriti bagi umat Islam negara ini. Bagi memastikan keberlangsungan portal ini mencapai matlamat dan dapat dipantau serta diurustadbir dengan baik, satu jawatankuasa pemantau portal telah dibentuk agar portal ini sentiasa dikemaskinikan dari segi persembahan dan maklumat. Secara tidak langsung, portal ini juga berperanan sebagai salah satu wahana untuk mendukung aspirasi Kerajaan dalam mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam di persada antarabangsa menerusi penghasilan bahan-bahan penerbitan ilmiah yang berkualiti.
 
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pemantau yang memainkan peranan penting dalam menjadikan portal e-Muamalat sebagai sebuah portal yang berautoriti dan menjadi rujukan kepada semua pihak. Hal ini adalah selaras dengan komitmen Jakim sebagai agensi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan bagi mendukung inisiatif ke arah memartabatkan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa.
 
Sekian, wassalam.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau
Portal e-Muamalat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.