Kalkulator Fidyah

Kadar fidyah bagi tahun 1435H ialah RM 1.80 sehari.
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675g
atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.

Kaedah Pengiraan
Kalkulator ini akan mengira fidyah berdasarkan tahun puasa yang ditinggalkan.
Jika tahun berlainan, tekan butang Reset untuk pengiraan tahun tersebut.
Anda boleh mencetak maklumat untuk setiap tahun dengan klik butang Cetak.
Bahagian A adalah untuk maklumat puasa yang telah digantikan sahaja.
Bahagian B adalah untuk maklumat puasa yang belum digantikan sahaja.
Bahagian C adalah untuk maklumat fidyah yang sepatutnya dibayar.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi PPZ di 1 300 88 5757

  1. Masukkan Tahun tinggal puasa.
  2. Masukkan Bilangan hari yang ditinggalkan.
  3. Kadar fidyah ‘default’ ialah RM 1.80
  4. Masukkan kadar fidyah anda jika selain RM1.80

Bahagian A – Untuk puasa yang sudah digantikan sahaja.

  1. Masukkan kategori / jenis puasa ditinggalkan
  2. Masukkan tahun ganti puasa
  3. Masukkan bilangan hari ganti
  4. Klik butang kira – ruangan cupak dan fidyah akan dipaparkan secara automatik
  5. Ulangi langkah 1 – 4 jika kategori / jenis puasa ganti berlainan.
  6. Klik butang Jumlah untuk mengira jumlah fidyah untuk puasa yang telah digantikan

Bahagian B – Untuk puasa yang belum digantikan sahaja

  1. Ruangan puasa belum ganti akan dipaparkan secara automatik.
  2. Masukkan kategori / jenis puasa yang belum digantikan.
  3. Masukkan bilangan hari belum digantikan untuk kategori / jenis di atas.
  4. Ruangan cupak dan fidyah akan dikira secara automatik.
  5. Ulangi langkah 2– 4jika lebih dari satu kategori / jenis puasa yang belum ganti.
  6. Klik butang Kira Fidyah untuk mengira jumlah fidyah untuk puasa yang belum digantikan.

Bahagian C

  1. Jumlah fidyah akan dipaparkan secara automatik.
  2. Untuk pengiraan tahun puasa ditingglkan yang seterusnya, sila tekan butang Reset.
  3. Untuk mencetak maklumat, sila tekan butang Cetak.
Tahun tinggal puasa Bilangan hari tinggal Kadar Fidyah (RM)
Bahagian A - Ruangan puasa yang telah digantikan sahaja
Kategori / Jenis Tahun Ganti Bilangan Ganti   Cupak (Beras) Fidyah (RM)





 Fidyah - Puasa Ganti (A)
Bahagian B - Ruangan puasa yang belum digantikan
Jumlah puasa yang belum diganti ialah
Sila masukkan jenis puasa yang belum digantikan
Kategori / Jenis
Bil Hari Cupak (Beras) Fidyah (RM)



Fidyah - Puasa belum ganti (B)
Bahagian C - Pengiraan Jumlah Fidyah
Jumlah fidyah yang perlu dibayar ialah (A) + (B) Cupak RM