Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Ada’

Melaksana.

Ada’ al-Dayn
Melunaskan hutang.
Ahkam al-Mal
Hukum-hukum berkaitan harta.
Ahl al-kitab
Golongan yang berpegang
kepada kitab Taurat dan Injil.
Ahliyyah al-Ada’
Kelayakan atau kapasiti melaksanakan akad atau kontrak.
Ahliyyah al-Ada’ al-Kamilah

Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak dengan sempurna.

Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah

Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak tetapi tidak sempurna.

Ahliyyah al-Wujub

Kelayakan menerima hak dan tanggungan.

Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah

Kelayakan menerima hak dan tanggungan dengan sempurna.

Ahliyyah al-wujub al-Naqisah

Kelayakan menerima hak dan tanggungan tetapi tidak sempurna.

Al- Wakalah

Kontrak di mana pihak yang berautoriti mewakilkan pihak lain untuk bertindak bagi pihaknya selama mana ia masih hidup.

Al-Radd

Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah.

Al-Rahn

Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai.

Amanah

Jujur, setia dan boleh dipercayai.

Amil

Pengurus atau pekerja yang memungut zakat

Amin al-Sunduq

Pemegang amanah atau dana amanah.

Amwal

Harta benda atau sesuatu yang berharga yang dapat dimiliki dan boleh diambil manfaat daripadanya.

Amwal al- ‘Ammah

Harta Awam.

Aqar

Harta tak alih. Sesuatu harta yang tidak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti bangunan, rumah dan tanah.

Aqd

Kontrak. Pertalian ijab dan qabul dalam suatu perjanjian.
Keterikatan ijab dan qabul yang menghasilkan kesan/implikasi pada subjeknya.

Aqd al-Mudaf

Kontrak masa depan.

Aqd al-Munjiz

Kontrak yang berkuatkuasa segera.

Aqd al-Musamma

Kontrak yang bernama.

Aqd al-Sahih

Kontrak yang sah, memenuhi rukun dan syarat- syarat yang menepati prinsip syariah.

Aqd al-Tamlik

Kontrak pemilikan.

Aqd al-Tawarruq

Kontrak tawarruq - Tawarruq.

Aqd al-Tawthiqi

Kontrak jaminan. Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad.Contohnya akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian.

Aqd al-Ta’ati

Kontrak tunjuk terima seperti pembeli mengambil barang dan membayar harganya kepada penjual atau penjual menyerahkan barang kemudian pembeli membayarnya tanpa ada isyarat dan ungkapan. Bay’ al-Mu’atah.

Aqd Fasid

Kontrak yang terdapat kecacatan pada syaratnya.

Aqd Ghayru Sahih / ‘Aqd al-batil

Kontrak yang tidak sah dan tidak memenuhi rukun dan
syarat-syaratnya.

Aqid

Pihak yang berakad dalam urusniaga sama ada pihak berakad asal atau wakil.

Ard

Barang.

Ariyah

Pinjaman.

Arud al-Tijarah

Barang dagangan.

Asabah

Waris lelaki yang berhak ke atas baki dari harta pusaka. Kedudukan mereka dalam Undang-undang Islam adalah selepas waris ‘ashab al-furudh.

Asabah bi al-ghayr

Asabah oleh orang lain. Waris-waris ‘asabah ini semuanya terdiri daripada waris ‘ashab al-furudh
perempuan yang telah ditetapkan fardhunya. Mereka akan menerima ‘asabah ketika mewarisi harta bersama-sama dengan waris-waris lelaki (‘asabah bi al-nafs) yang sedarjat atau setaraf dengan mereka.

Asabah bi al-Nafs

‘Asabah dengan dirinya sendiri. Waris-waris yang termasuk di dalam kategori ini ialah semuanya terdiri daripada lelaki yang tidak diselangi oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan seterusnya ke bawah, bapa, bapa kepada bapa (datuk) dan seterusnya ke atas, saudara lelaki seibu sebapasaudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapasaudara (sebelah bapa) sebapa.

Asabah ma’a al-ghayr

‘Asabah bersama dengan yang lain. Ia bermaksud waris perempuan yang menerima ‘asabah dengan sebab berkumpul bersama-sama dengan waris perempuan yang lain. Waris-waris yang terlibat dalam bentuk ‘asabah ini hanya dua orang iaitu saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa. Mereka akan menerima ‘asabah apabila mewarisi bersama- sama dengan anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada anak lelaki seorang atau lebih) atau bersama dengan kedua-duanya sekali.

Asabah Nasabiyyah

Harta yang diwarisi melalui keturunan atau waris si mati. ‘Asabah Nasabiyyah terbahagi kepada tiga bahagian: i) ‘asabah bi al-nafs. ii) ‘asabah bil al-ghair.
iii) ‘asabah ma’a al-ghair

Asabah Sababiyyah

Harta yang diwarisi dengan cara memerdekakan hamba; seperti pemilik hamba akan mewarisi harta si mati (hamba yang telah dimerdekakannya) sekiranya si mati tidak mempunyai waris