Kunjungan Hormat ke Bahagian Pengurusan Wang Tak DiTuntut (BWTD)

22hb. Jun, 2015 (Isnin) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui  Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 22hb. Jun, 2015. 
 
Delegasi Jakim diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Muamalat dan Sosio Ekonomi iaitu YBhg. Dr. Lokman bin Ab. Rahman beserta sembilan orang pegawai dan penolong pegawai dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim dan dua orang wakil daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
 
Terdahulu, ucapan alu-aluan oleh Puan Wan Maheran binti Wan Abdullah, Pengarah BWTD dan ucapan balas oleh  Dr. Lokman bin Ab. Rahman mewakili Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kunjungan hormat ini diadakan dengan objektif untuk mendapatkan maklumat lanjut operasi pengurusan BWTD serta membincangkan peluang-peluang ke arah kerjasama strategik di antara Jakim dan BWTD.         
 
Majlis Kunjungan hormat kali ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua-dua agensi sebagai tanda kenangan.