Kunjungan Hormat Daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) ke Jakim

16hb. Jun, 2015 (Selasa) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) pada 16hb. Jun, 2015 bertempat di Dewan Syura, Aras 9, Jakim. 
 
Terdahulu, ucapan alu-aluan oleh  YBhg. Dr. Lokman bin Ab. Rahman mewakili YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim dan ucapan balas oleh Tuan Azza Afif bin Tuan Yusof, Pengurus Kanan Persatuan Takaful Malaysia (MTA).
 
Turut hadir sama ialah Ustaz Azman Mat Hasan, KPP Unit Kawalan Media, Ustaz Ruslan Ibrahim, daripada Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam, ILIM dan Ustaz Ahmad Tarmizi Mahmud daripada Seksyen Syariah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim.
 
Kunjungan hormat ini diadakan dengan objektif untuk mengembangkan kerjasama strategik di antara Jakim dan MTA serta menggalakkan perkongsian maklumat antara kedua-dua agensi berkaitan perkembangan semasa industri takaful  di Malaysia dan di peringkat global. Selain itu, MTA  juga menyatakan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan program latihan kerjasama berkaitan takaful dengan pihak ILIM.  
  
Majlis Kunjungan hormat kali ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua-dua agensi sebagai tanda kenangan.