Kunjung Hormat Institut Kajian Zakat & Wakaf Malaysia (IKaZ) & Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ke Jakim

11hb. Jan, 2016 (Isnin) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Kajian Zakat & Wakaf Malaysia (IKaZ) & Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor. Deligasi daripada UiTM ini diketuai oleh YBhg. Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani, Pengarah Institut Kajian Zakat & Wakaf Malaysia (IKaZ) turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Baharuddin bin Sayin dan Prof. Madya Dr. Ramawan bin Ab. Rahman.
 
YBhg. Tuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, menerusi ucapannya mengalu-alukan kunjungan hormat yang diatur oleh deligasi UiTM. Menurut beliau, Jakim sentiasa membuka ruang kerjasama yang bersesuaian khususnya dalam bidang penyelidikan dengan pelbagai agensi melalui Strategi lautan Biru Kebangsaan.
 
Dalam pada itu, Deligasi Jakim turut diwakili oleh Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, KPP(K) Seksyen Syariah, Puan Siti Razmah binti Idris, KPP Unit Kawalan Media dan Encik Kamaldin bin Mohd Damin KPP Unit Siyasah Syari’iyyah, Seksyen Akidah.
 
Kunjungan hormat ini berjaya mencapai objektif yang digariskan oleh kedua-dua agensi iaitu untuk mengembangkan kerjasama strategik di antara Jakim dan IKaZ, ACIS, UiTM dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan program serta menggalakkan perkongsian maklumat antara kedua-dua agensi berkaitan perkembangan semasa industri zakat dan wakaf di Malaysia dan di peringkat global.
 
 Majlis Kunjungan hormat kali ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua-dua agensi sebagai tanda kenangan.