Senarai Aktiviti

Majlis Perpisahan Penolong Pengarah (Se2) Peringkat Cawangan Muamalat Dan Sosioekonomi (CMSe)
13 Jun 2011, Isnin - Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 6, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan sempena Mesyuarat Cawangan Muamalat dan Sosioekonomi (CMSe) Bil. 6/2011 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan YBhg. Ustaz Mohamad Kamil bin Abu Talib, Penolong Pengarah (Se2) yang menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam untuk berhijrah ke Bank AmIslamic.
Tahniah dan selamat berjaya kepada pelatih dari UKM dan UniSZA
Bagi meraikan pelatih yang telah berjaya menamatkan latihan industri (praktikum) di Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, satu majlis  jamuan ringkas telah diadakan pada 25 Jun 2010  bertempat di CMSE.  Pelatih yang diraikan pada majlis ini ialah Nusaibah Binti Fauzi dari program Ijazah Usuluddin Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Umi Kalsom Binti Abdullah dari program  Ijazah Usuluddin, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Mesyuarat Perancangan Cawangan Muamalat Dan Sosio Ekonomi (CMSE) Kali Ke-6
Bagi memantapkan perancangan dan penyelarasan aktiviti, satu Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan aktiviti Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE) Kali Ke-6/2010 telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mei 2010 bermula pada jam 9.45 pagi, bertempat di bilik Mesyuarat Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, aras 6, blok D7.
Mesyuarat Perancangan Cawangan Muamalat Dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan aktiviti Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE) bil.4/20010 telah diadakan dengan jayanya pada 2 April 2010, bertempat di bilik mensyuarat Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, aras 6, blok D7.
Bengkel Pembukuan Fatwa Untuk Mengumpulkan Fatwa Berkaitan Muamalat dan Ekonomi Islam
Bengkel Pembukuan Fatwa anjuran Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi Bahagian Penyelidikan, Jakim telah diadakan pada 5 April hingga 7 April 2009 bertempat di Hotel Quality, Shah Alam.
Majlis Jamuan Ringkas Meraikan Pelajar Praktikal
Pada 29 Mac 2009 satu majlis jamuan ringkas telah diadakan di  Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE) bagi meraikan pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan industri (praktikum) di CMSE, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,.