Perbankan Islam perlu produk baharu

Tarikh Disiarkan: 
9 Sep, 2016
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
Oleh: Safina Ramli
 
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sistem perbankan Islam di negara ini perlu berinovasi dengan memperkenalkan produk-produk kewangan baharu yang boleh membantu masyarakat menangani pelbagai isu termasuk projek perumahan terbengkalai.
 
Timbalan Menteri di Ja­ba­tan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki berkata, projek-projek perumahan terbengkalai ternyata mem­-
beri kesan terhadap penggunaan dan isu itu juga telah menjadi fitnah kepada dunia perbankan Islam.
 
Katanya, ini kerana ramai pihak yang menganggap sistem perbankan Islam tidak mempunyai ihsan kepada pelanggan apabila tiba soal pelanggan ditipu oleh pemaju perumahan.
 
“Di sini perlunya sistem perbankan Islam melakukan inovasi dalam memperkenalkan produk-produk yang lebih dekat dengan semangat dan roh syariah.
“Sebagai contoh, perbankan Islam harus memperkenalkan lebih banyak produk yang bersifat perkongsian di manakan pihak bank dan pelanggan yang terlibat dalam pembiayaan harus bersedia untuk berkongsi untung dan risiko,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas menghadiri seminar bertajuk Punca dan Penyelesaian Kepada Projek Perumahan Terbengkalai di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.
 
Yang turut hadir Presiden Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS), Prof. Madya Dr. Aznan Hassan dan Presiden Majlis Antarabangsa Pendidik-pendidik Kewangan Islam (Icife), Prof. Dr. Khaliq Ahmad.
 
* Artikel ini dipetik secara langsung daripada akhbar Utusan Malaysia Online, yang disiarkan pada 9hb. September, 2016